sweet owner
| 2015 2015 merupakan tahun paling perit untuk aku. Hidup aku jadi tak tentu hala. Tapi tahun 2015 juga merupakan tahun yang membawa aku kepada satu titik perubahan. Kisah percintaan sendiri yang kecundang, melihat teman-teman rapat aku juga kecundang dengan kisah cinta sendiri. Tapi semua itu membawa kami terus kepada kehidupan baru. Menjadikan aku lebih berani untuk melangkah lebih jauh dalam kepuasan diri sendiri. Pelbagai dugaan aku tempuh sepanjang 2015. Ingatan aku masih jelas dengan semua itu. bermula dengan cerita cinta yang kecundang, menjadi gian bermain coc (which has many good sides), akademik yang tidak memberansangkan, kemalangan, dsb. Tapi ada hikmah di sebalik semua ini.. Somehow Menulis entry kali ni dgn rasa yang "i feel myself bad" . Maafkan Aku tak tahu nak mula dari mana, nak luah macam mana. Tiga : Bebas seperti Burung. Assalamualaikum blog. Sedar tak sedar dah 2014 , dah bulan mac . Lama tak lama jugak la tak menulis di blog ni. Sedar tak sedar jugak, lagi dua bulan aku bakal mengakhiri zaman diploma aku di UniSZa . Untuk dua bulan terakhir ni, mohon diakhiri dengan jayanya. Amin insyaallah. :) Sebenarnya aku nak kongsi sikit cerita pasal orang yang selalu nak bebas macam burung yang terbang diudara tu. Tu lah manusia , semua nak mudah, nampak je burung tu terbang macam mudah, tapi untuk belajar terbang tu sangat lah payah kalau korang nak tahu sebenarnya. Tahukah anda, burung juga perlu bersusah payah menghadapi dugaan untuk belajar terbang (walaupun nature burung adalah untuk terbang) . Manusia jangan ingat haiwan ni hidupnya mudah . Semua hamba Allah diberi ujian okay. Si burung yang masih muda ni masih bertatih dalam dunia penerbangan ni. Untuk percubaan pertamanya, nasib tidak menyebelahi si burung itu. Si burung terjatuh di dalam air dek angin yang terlalu kuat menolaknya. Ada pemangsa memerhati si burung ini untuk dijadikan santapan. Pemangsa itu si ikan yu tanpa berlengah cuba untuk memakan si burung tadi tu. Namun gagal apabila si burung dapat melepas kan diri. Namun si burung tidak pergi jauh akhirnya terjatuh lagi di dalam air. si ikan yu menxuba lagi nasib untuk memakan si burung . Akhirnya si burung tak dapat melepas kan diri dan mati terkorban dalam mengenyagkan perut si ikan yu tadi. Pengajaran yang aku nak share kat sini adalah, manusia ni mudah menipu diri sendiri demi nak mencapai kejayaan. Mereka suka untuk melihat kejayaan manusia lain namun takut untuk menghadapi apa yang perlu dihapai untuk berjaya. Have faith in yourself and Allah. Insyaallah :) Sekian. Dua : it just a bad day , not a bad life! Untuk coretan kali ini aku nak ceritakan suatu pengajaran akibat tidak mengurus masa dengan baik. di mana aku tak pernah merasa kejatuhan sebegini yang aku rahsiakan waima kepada kedua ibu bapa aku. Hanya seorang sahaja yang tahu lakaran kejatuhan dalam hidup aku kali ini. Apabila mendapat khabar mengenai keputusan peperiksaan semester bakal di keluarkan di portal mahasiswa setiap kawan - kawan aku kelihatan tak sabar untuk mengetahui keputusan masing2. Gerak hati aku tak pernah salah. degupan jantung seolah - olah petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku. Hati aku seolah olah sudah bersedia menerima saja segala kemungkinan kejatuhan yang paling teruk diabad ini . riak muka aku sama saja sebelum atau selepas melihat keputusan peperiksaan aku, namun dalam hati cuba untuk mengawal perasaan yang berkecamuk. Bukan kecewa kerana keputusan yang sememangnya tiada yang patut dibanggakan, Cukup sekali sahaja aku melihat keputusan itu, tak pernha aku lihat lagi . Takkan! Siapa yang aku perlu salahkan atas semua yang terjadi ni? Debat? Kawan? aku hanya mampu menudimg kepada diri sendiri jawapan paling tepat , orang paling tepat untuk di salahkan adalah diri sendiri. Hanya aku dan Allah saja yang tahu apa punca? bagaimana? mengapa? semua ini terjadi. Saat aku merasa kejatuhan. aku berseorangan mencuba memberi kekuatan kepada yang sama sama gagal seperti aku. Aku kuat di luar di dalam ? aku memberi kata kata rangsangan kepada yang lain . diri sendiri terbiar . Tamparan kali ini membuatkan aku seperti orang yang baru tersedar dari lena yang panjang. seolah - olah terpinga -pinga dengan apa yang tak terjadi, seperti amnesia gayanya! Tamparan ini menyebabkan aku menjauhkan diri dengan dunia yang dulu aku sanjungi, dunia perdebatan, walaupun bukan debat yang menjadi punca. Aku tak kuat, Kuat kan aku! melihat aku kuat di luar, tetapi di dalam ini berkecamuk! bergelut. dan akhirnya aku mendiamkan diri , cuba untuk senyap. walaupun aku sedar itu bukan cara yang terbaik, namun kali ini biarlah aku mengikut kata hati aku, Dalam aku tak sedar,ada yang sedar aku mula menyepi dari "teratak usang " ini. sebenarnya sampai sekarang aku masih tak berani untuk memberi kata kata janji untuk tidak menyepi, namun yang berani aku janji adlaah aku akan setia bersama namun setakat ini hanya dari jauh, aku belum bersedia. maafkan, tunggu aku mengumpul kekuatan, bukan senang nak membangunkan diri, maafkan , walaupun maaf aku tiada berguana, maafkan!!! Satu Disaat ini aku sedang duduk di ceruk perpustakaan , sedang khusyuk menghadap komputer riba tujuannya cuma satu , untuk mendownload cerita cerita terkini. Mungkin tujuannya jauh sekali berbeza dengan tujuan pelajar pelajar yang lain di mana mereka yang lain mungkin sedang bersungguh-sungguh menyiapkan thesis dan assignment masing-masing atau mungkin.... sebaliknya. ha ha ha.
Aku... siapa Aku ni?
ha ha ha. Sebelum pergi lebih jauh, baiklah Aku akan menceritakan serba sedikit siapa Aku ni.
Di kala ini aku yang sedang menaip coretan ini sambil mendengar kan "Suki Low - Untuk Kamu" di you tube di hujung perpustakaan jauh dari semua manusia lain . Ternyata fikiran aku meleset kerana di hujung perpustakaan pun masih ramai manusia lain yang memerlukan "bantuan hayat" bagi komputer riba mereka.
Sungguh Aku rasa terganggu dengan manusia manusia yang lalu lalang kerana kedudukan aku ni sangat berdekatan dengan tandas , faham faham sajalah manusia. Hi Hi Hi.
Sedar atau tidak , aku masih tidak menceritakan perihal diri Aku ni, tapi sebenarnya aku telah memberi gambaran sedikit sebanyak tentang siapa Aku ni. Seorang yang normal namun sekarang sedang mencuba untuk menjadi abnormal. ha ha ha. mesti pelikkan bunyinya. Mari fikir sejenak , dunia zaman sekarang ni terma normal bagi mereka adalah sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan di dalam kehidupan seharian sesuatu komuniti tidak kira betul atau salah. Namun perkara ini juga perlu mengikut pandangan pendirian seseorang bagaimana mereka menafsirkan maksud "normal" itu dalam kehidupan mereka, Pada Aku falsafah menjadi normal ada sudut pandangan yang berbeza setiap manusia. Menjadi "normal" tak semestinya betul , kerana tidak semua perkara yang sudah menjadi normal pada pandangan manusia hari ini adalah perkara yang mengikut batas syariat agama! Contohnya lihat saja budaya berpakaian tapi telanjang. Pada hari ini sudah menjadi trend (katanya!) namun masih tidak mengikut syariat dan juga sebaliknya.
Oleh kerana itulah aku hari ini memilih untuk membuat keputusan untuk tergolong dalam mereka yang menjadi "abnormal". Abnormal di sini bukanlah aku definisikan sebagai kurang upaya, namun dari segi tindakan , keberanian dalam menghadapi perkara- perkara baru yang dianggap berisiko oleh orang - orang yang mempunyai umur sebaya dengan aku. menjadi lain dari manusia yang lain tidak salah aku rasakan asalkan perkara itu tidak melanggar syariat agama dan juga undang2.Akhirnya aku sedar coretan ini tidak berjalan seperti yang aku harapkan, masih lagi memisterikan siapa diri aku.
semangat yang hilang.....? Tak tahu nak mula dari mana. Tapi terlalu banyak yang aku sendiri lalui sepanjang sem ni, sem yang paling mencabar untuk aku dan kawan2 seperjuangan aku, ada manis ada pahitnya. ade gembira, ade sedihnya. ada naik ade turunnya. Perkataan yang paling tepat adalah, sebenarnya aku terlalu penat, dari segi fizikal, rohani,spiritual dan mental terutamanya, Aku ni spesies kalau tertekan tak boleh nak cover, muka ni tak pandai menyimpan rahsia tuannya. ya aku penat . aku tahu ini semua akan dikatakan normal oleh orang sekeliling untuk mengatakan ini adalah student life . assignment terlalu byk, test, quiz, homework dan paling menyedihkan aku tak mampu untuk membahagikan masa untuk minat yang baru aku ceburi dek kekangan masa yg lebih menuntut untuk aku fokus pada tujuan sebenar aku bertapak di bumi Terengganu ini. Debat maafkan aku, aku bukan lupakan kau, cuma ada yang lebih utama untuk aku fokuskan, setiap sem aku melihat pointer aku yang semakin tidak selesa berada di zon selamat . setakat cukup2 makan untuk dikategorikan sebagai dekan, memang lah menuntut ilmu itu bukan pointer yg seharusnya aku kejar, tapi untuk menggapai cita2 utama aku, itu menjadi perkara utama untuk aku utamakan. jangan pernah samakan aku dengan pendebat yang lain yang mampu membahagi masa dgn baik. aku lain, mereka lain, namun itu bukan alasan untuk aku tak mencuba untuk menyeimbangkan kedua2 amanah besar ni, entah, aku cuba, mungkin belum mencuba seperti mereka, masih belum terlambat, aku sedih dengan komitmen aku yang semakin hari semakin teruk dgn kau wahai debat, maafkan aku abg syemi, maafkan aku abg wan, maafkan aku kak yatun, perasaan serba salah yang menggunung ni semakin lama semakin menebal dalam diri. sekarang skill debat aku pon dah berkarat, :( . tanggungjawab yang sepatutnya aku galas tidak dijalankan dengan baik. aku tak tahu lah apa yg aku mampu buat :( semakin down, semangat, mana kau, ? |