KEM 1 ORATORIAN
memang dunia orator ni sangat baru untuk aku, kelab baru dan juga orang2 baru untuk aku kenali,
aku tertunggu tunggu juga bila perjumpaan pertama akan dilakukan,, selepas cuti "mid sem", aku mendapat mesej tentang perjumpaan yang pertama,, aku agak "excited" dan cuak juga, sebab aku bakal berjumpa dengan orang2 yang tak aku kenali,,
pada perjumpaan pertama, aku turun dengan Fatimah , "housemate" aku, dia pun "join" juga kelab ni,
masa di foyer asrama, aku teserempak dengan Abang Wan, aku pun memberanikan diri untuk bertanya, "em,, kelab orator ke?" "haah, kamu ahli baru ke? mana yang lain?. diaorang ni,,tak menepati masa" sempat Abang Wan membebel. haha kemudian Abang Wan bertanyakan nama seorang demi seorang sementara menunggu ketibaan ahli lain. Sampai lah giliran aku,"nama saya nuratika munira binti jailani" dengan pantasnya Abang Wan memintas "oh! kamu yang di "twitter tu kan?" terkejut aku mendengar "statement" Abang Wan,, aku hanya mengangguk dan perasaan malu menyerbu ke dalam diri ni, bukan apa, cuma di " twitter" tu memang sudah menjadi kebiasaan untuk aku merepek dan macam2 lagi lah yang aku tulis di twitter tu,, haih,, entah apa lah agaknya yang Abang Wan fikir pasal aku kan?? haha..
masa perjumpaan,
banyak keterangan yang diberikan oleh senior2,, antaranya yang aku baru kenal adalah kak Jang (asnizan mukhsin) , kak Atin (Fatin Syahirah) , Abang Wafi (abdul Wafi). Abang eli (Aly Izran) dan jugak beberapa rakan diploma lain sem 2..
malam berikutnya..
taklimat untuk kem di beri oleh Abang Wafi dan juga Kak Atin,, masa tu aku tak kesan lagi perangai mereka sebenarnya, pada mulanya,sebab mereka semua cuba untuk formal mungkin, hihi,,akhirnya semua perangai meraka teserlah semasa di kem,,
terlalu banyak kenangan baru dan manis berlaku di kem ni,, mungkin kerana aku belum mengenali mereka tapi aku turut merasakan kasih sayang family orator ni dimana di dalam kelab ini terdapat abang2 dan kakak2 yang penyayang dan sentiasa mengambil berat,, sentiasa ingin memastikan semua ahli dalam keadaan selesa dan tidak merasa janggal, dan dalam kem ni,, telah ditakdir kan aku sekumpulan dengan Fatimah, Khalidah, Farisya, Abang Wan , dan Kak Rozila,,dalam kumpulan EXTRAVAGANZA mereka semua memang gempak lah,, seronok satu kumpulan dengan mereka,, antara aktiviti yang paling tak dapat aku lupakan ,seperti "running oratorian", "malam keseniaan", dan juga mendaki bukit,, dan banyak lagi aktiviti yang menarik,
 |
| selepas mendaki !!!! |
 |
mock debate kak zila, abang Wan, kak Atin, Abang Wafi,
|
 |
mock debate kak yatun, Abang adib , kak Ekin :D |
 |
| Abang Wafi, Pengarah Program :d |
walaupun baru mengenali mereka,, aku rase selesa,,mungkin masih tersisa sedikit perasaan malu untuk bergaul dengan mereka,,, byk kenangan manis yang terlakar,, yang tak mungkin terluput dari ingatan dengan izin yang MAha Esa :]
 |
| kenangan yg takkan luput dari ingatan,, :'D |