//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch over image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome.:D


LISTEN!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Munira
Others:   



Dua : it just a bad day , not a bad life!



Untuk coretan kali ini aku nak ceritakan suatu pengajaran akibat tidak mengurus masa dengan baik.
di mana aku tak pernah merasa kejatuhan sebegini yang aku rahsiakan waima kepada kedua ibu bapa aku.
Hanya seorang sahaja yang tahu lakaran kejatuhan dalam hidup aku kali ini.

Apabila mendapat khabar mengenai keputusan peperiksaan semester bakal di keluarkan di portal mahasiswa  setiap kawan - kawan aku kelihatan tak sabar untuk mengetahui keputusan masing2. Gerak hati aku tak pernah salah. degupan jantung seolah - olah petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku. Hati aku seolah olah sudah bersedia menerima saja segala kemungkinan kejatuhan yang paling teruk diabad ini . riak muka aku sama saja sebelum atau selepas melihat keputusan peperiksaan aku, namun dalam hati cuba untuk mengawal perasaan yang berkecamuk. Bukan kecewa kerana keputusan yang sememangnya tiada yang patut dibanggakan, Cukup sekali sahaja aku melihat keputusan itu, tak pernha aku lihat lagi . Takkan!

Siapa yang aku perlu salahkan atas semua yang terjadi ni? Debat? Kawan? aku hanya mampu menudimg kepada diri sendiri jawapan paling tepat , orang paling tepat untuk di salahkan adalah diri sendiri.  Hanya aku dan Allah saja yang tahu apa punca? bagaimana? mengapa? semua ini terjadi. Saat aku merasa kejatuhan. aku berseorangan mencuba memberi kekuatan kepada yang sama sama gagal seperti aku. Aku kuat di luar di dalam ? aku memberi kata kata rangsangan kepada yang lain . diri sendiri terbiar . Tamparan kali ini membuatkan aku seperti orang yang baru tersedar dari lena yang panjang. seolah - olah terpinga -pinga dengan apa yang tak terjadi, seperti amnesia gayanya!

Tamparan ini menyebabkan aku menjauhkan diri dengan dunia yang dulu aku sanjungi, dunia perdebatan, walaupun bukan debat yang menjadi punca. Aku tak kuat, Kuat kan aku! melihat aku kuat di luar, tetapi di dalam ini berkecamuk! bergelut. dan akhirnya aku mendiamkan diri , cuba untuk senyap. walaupun aku sedar itu bukan cara yang terbaik, namun kali ini biarlah aku mengikut kata hati aku,

Dalam aku tak sedar,ada yang sedar aku mula menyepi dari "teratak usang " ini. sebenarnya sampai sekarang aku masih tak berani untuk memberi kata kata janji untuk tidak menyepi, namun yang berani aku janji adlaah aku akan setia bersama namun setakat ini hanya dari jauh, aku belum bersedia. maafkan, tunggu aku mengumpul kekuatan, bukan senang nak membangunkan diri, maafkan , walaupun maaf aku tiada berguana, maafkan!!!