//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch over image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome.:D


LISTEN!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Munira
Others:   



Satu

Disaat ini aku sedang duduk di ceruk perpustakaan , sedang khusyuk menghadap komputer riba  tujuannya cuma satu , untuk mendownload cerita cerita terkini. Mungkin tujuannya jauh sekali berbeza dengan tujuan pelajar pelajar yang lain di mana mereka yang lain mungkin sedang bersungguh-sungguh menyiapkan thesis dan assignment masing-masing atau mungkin.... sebaliknya. ha ha ha.

Aku... siapa Aku ni? 
ha ha ha. Sebelum pergi lebih jauh, baiklah Aku akan menceritakan serba sedikit siapa Aku ni.
Di kala ini aku yang sedang menaip coretan ini sambil mendengar kan "Suki Low - Untuk Kamu" di you tube di hujung perpustakaan jauh dari semua manusia lain . Ternyata fikiran aku meleset kerana di hujung perpustakaan pun masih ramai manusia lain yang memerlukan "bantuan hayat" bagi komputer riba mereka. 
Sungguh Aku rasa terganggu dengan manusia manusia yang lalu lalang kerana kedudukan aku ni sangat berdekatan dengan tandas , faham faham sajalah manusia. Hi Hi Hi.

Sedar atau tidak , aku masih tidak menceritakan perihal diri Aku ni, tapi sebenarnya aku telah memberi gambaran sedikit sebanyak tentang siapa Aku ni. Seorang yang normal namun sekarang sedang mencuba untuk menjadi abnormal. ha ha ha. mesti pelikkan bunyinya. Mari fikir sejenak , dunia zaman sekarang ni terma normal bagi mereka adalah sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan di dalam kehidupan seharian sesuatu komuniti tidak kira betul atau salah. Namun perkara ini juga perlu mengikut pandangan pendirian seseorang bagaimana mereka menafsirkan maksud "normal" itu dalam kehidupan mereka, Pada Aku falsafah menjadi normal ada sudut pandangan yang berbeza setiap manusia. Menjadi "normal" tak semestinya betul , kerana tidak semua perkara yang sudah menjadi normal pada pandangan manusia hari ini adalah perkara yang mengikut batas syariat agama! Contohnya lihat saja budaya berpakaian tapi telanjang. Pada hari ini sudah menjadi trend (katanya!) namun masih tidak mengikut syariat dan juga sebaliknya. 

Oleh kerana itulah aku hari ini memilih untuk membuat keputusan untuk tergolong dalam mereka yang menjadi "abnormal". Abnormal di sini bukanlah aku definisikan sebagai kurang upaya, namun dari segi tindakan , keberanian dalam menghadapi perkara- perkara  baru yang dianggap berisiko oleh orang - orang yang mempunyai umur sebaya dengan aku. menjadi lain dari manusia yang lain tidak salah aku rasakan asalkan perkara itu tidak melanggar syariat agama dan juga undang2.Akhirnya aku sedar coretan ini tidak berjalan seperti yang aku harapkan, masih lagi memisterikan siapa diri aku.